Sukan Hari Ini

Piala FA: Final ulangan 1990

DUA jaringan masing-masing dari Yannick Bolasi dan Connor Wickham memastikan Crystal Palace mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Watford pada pertemuan separuh akhir di Wembley, kelmarin.

Di perlawanan akhir nanti, Palace bakal bertemu Manchester United yang sebelum itu menundukkan Everton 2-1.

The Eagles juga berpeluang menebus kekalahan di tangan United 26 tahun lalu, apabila tewas 1-0 pada aksi timbal balik selepas seri 3-3 perlawanan pertama.

Pengendali Palace, Alan Pardew, yang meledak gol ketika membantu Palace menewaskan Liverpool pada separuh akhir tahun 1990 berkata, pasukannya berhak memenangi perlawanan berkenaan.

“Kami akan mencorak strategi berbeza menentang Manchester United, tetapi ia tidak bermakna kami tidak mampu menguasai permainan. Kami memang berhak berada di sana (Wembley),” kata Pardew.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");