Panasnya Hari Ini

Pihak Dr Zakir Naik Masih Tunggu Pengesahan Dari Pihak Polis

KUALA LUMPUR: Kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan program Dr Zakir Naik di Malaysia masih menunggu jawapan daripada pihak polis samada program ceramah yang dijadualkan berlangsung pada 17 April ini dapat diteruskan atau sebaliknya.

Memetik sumber Astro Awani, Pengarah Program Ceramah Dr Zakir Naik 2016, Abu Shariz, berkata status pembatalan atau penangguhan program itu belum dapat dipastikan berikutan pihaknya masih belum menerima jawapan bertulis daripada pihak berkuasa.

Jelasnya, pihaknya sudah menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung program ceramah yang akan diadakan di Universiti Teknikal Melaka (UTEM) dan masih menunggu jawapan.

“Kami bukanlah penganjur ceramah di Melaka dan itu hanya kerjasama dan pihak lain, dan setakat ini kami masih belum terima apa-apa arahan bertulis berkaitan penangguhan atau pembatalan mengenainya,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya wujud bantahan daripada mana-mana pihak terhadap penceramah dari india ini, mereka disaran mengemukakan surat bantahan terus kepada pihak Dr Zakir Naik.

Bagaimanapun setakat ini jelasnya masih tiada surat bantahan dikemukakan.

Terdahulu, pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu catatan di akaun Twitter peribadinya menasihati pihak penganjur membatalkan ceramah Dr Zakir Naik yang akan diadakan di UTEM pada 17 April ini.

Menurutnya lagi, saranan pembatalan dikeluarkan atas faktor demi ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Pada sidang media sama, Abu Shariz turut mengumumkan program ceramah di Stadium Hoki Bukit Jalil oleh Dr Zakir Naik yang dijadualkan berlangsung pada 16 April bermula jam 5 petang.

Malah pihak penganjur turut menganggarkan sekitar 25 ribu bakal hadir bagi mendengar ceramah bertajuk “Is The Quran God’s Word.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");