Isu Panas

Pilih calon muda gimik politik DAP

KUALA LUMPUR – Percaturan DAP meletakkan calon muda dalam pilihan raya hanya gimik politik bagi tujuan meraih undi golongan muda.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim mendakwa, DAP cuba mengaburi pandangan rakyat dan hakikat bahawa parti itu dikuasai oleh seorang pemimpin sahaja.

“Mereka (DAP) terpaksa mencipta bermacam-macam cerita bagi menutup hakikat bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanding dalam pilihan raya sejak 1969 hingga sekarang.

“Untuk kaburkan perkara itu, beberapa nama calon muda ditonjolkan setiap kali pilihan raya,” katanya ketika Majlis Dialog Rakyat anjuran Penerangan Umno dan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas usaha DAP mendapatkan undi golongan muda dengan meletakkan calon muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurut Razali, dakwaan bahawa BN dan Umno tidak meletakkan calon muda dan mengekalkan orang lama adalah tidak berasas.

“Kalau ada pilihan raya kita selalu kemukakan calon-calon muda, cuma ia tidak dilihat sebagai suatu yang fenomena kerana proses untuk letak calon baharu itu dilihat sukar oleh majoriti orang muda.

“Buktinya, BN dan Umno meletakkan 58 calon dari Pemuda Umno pada PRU sebelum ini,” ujarnya.

Katanya, BN dan Umno terlebih dahulu meletakkan calon-calon muda lebih awal dan lebih baik daripada DAP.

“Mereka baru sahaja nak tonjolkan calon-calon muda dalam beberapa pilihan raya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berpendapat, kemenangan calon-calon pada pilihan raya bukan dipengaruhi oleh pemilihan calon muda.

“Sebenarnya kayu pengukurnya adalah pemilihan calon yang diterima pengundi.

“Sebagai contoh PRK Teluk Intan yang ditandingi calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud lebih muda daripada calon BN, Datuk Mah Siew Keong, tapi calon lebih berumur menang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");