Perak Hari Ini

Polis Perak Berjaya Rampas Dadah Bernilai RM280,000

IPOH: Polis Perak berjaya merampas dadah seberat 14.5 kilogram yang dianggarkan bernilai RM280,000 di dua lokasi berbeza di Taiping.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, Superintendan Abdul Latiff Mehat berkata, pada 22 April 2016, polis berjaya menahan seorang lelaki di tempat letak kereta hentian sebelah (R&R) Taiping, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

“Tangkapan telah dibuat oleh sepasukan pegawai dan anggota JSJ Narkotik IPK Perak dengan kerjasama Narkotik Daerah.

PERAKTODAY (2)

“Hasil pemeriksaan telah berjaya merampas satu beg berwarna hitam yang berisi dengan 10 peket besar plastik lut sinar yang mengandungi dadah yang disyaki heroin beranggaran berat 4,510 gram.

“Suspek berusia 40 tahun, bekerja sebagai buruh dan mempunyai lapan rekod kesalahan lampau yang melibatkan kes dadah dan jenayah serta didapati positif urin,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, anggaran nilai rampasan tersebut berjumlah RM90,000. Turut dirampas sebuah kereta jenis proton saga.

Sementara itu, bagi kes kedua, Abdul Latiff berkata, pada 23 April 2016 jam lebih kurang 11 malam, bertindak atas aduan orang awam, sepasukan pegawai dan anggota daripada Daerah Taiping telah membuat serbuan di sebuah pondok kawasan ladang kelapa sawit di Simpang.

PERAKTODAY4 (1)

“Polis berjaya menemui 20 bungkusan dadah yang dianggarkan seberat 10 kilogram dan juga peralatan yang dipercayai untuk kegunaan memproses dadah. Namun begitu, tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya lagi.

Beliau berkata, nilai rampasan dadah bagi kes kedua berkenaan dianggarkan berjumlah RM190,000.

Tegasnya, kedua-dua kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

PERAKTODAY1 (2)

“Suspek bagi kes pertama telah direman selama tujuh hari bermula pada 22 hingga 28 April untuk membantu siasatan.

“Jika disabitkan dengan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori iaitu gantung sampai mati,” tegasnya.

Ujarnya, polis percaya daripada jumlah dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada lebih kurang 12,000 orang penagih dadah dan ia dipercayai untuk diedarkan di kawasan sekitar Perak.

Katanya lagi, ia merupakan rampasan terbesar di negeri Perak bagi tahun ini.

“Pihak PDRM mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan berharap mendapat sokongan berterusan dalam pembenterasan pengedaran dadah di Perak,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");