Isu Panas

PRN: Indikator BN hadapi PRU14

IPOH – Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, akan menjadi indikator kepada kerajaan BN, tentang bagaimana untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang berkata, sebarang keputusan dalam PRN itu perlu menjadi penanda aras buat BN dalam memperkuat dan mengukuhkan jentera parti.

Pilihan raya Negeri Sarawak ditetapkan pada 7 Mei 2016 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini.

“Implikasi PRN ini kepada Malaysia amat besar kerana ia pilihan raya paling awal sebelum PRU-14 yang mungkin diadakan pada 2018,” katanya dalam ceramah bertajuk ‘Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Implikasi kepada Persekutuan Malaysia’ anjuran kelab Bakti Gunung Keledang di sini malam tadi.

Pengerusi Bernama itu yakin BN akan dapat mengekalkan pemerintahan di Sarawak kerana Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah mengambil kira-kira 60 tindakan menjurus kepada PRN sebaik dilantik sebagai ketua menteri pada 2014.

“Antara tindakan itu ialah memerangi pembalakan haram yang mendapat perhatian seluruh dunia terutama pencinta alam sekitar,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");