Isu Panas

PRN Sarawak: 23 kertas siasatan dibuka

KUCHING – Kempen pada Pilihan Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) berjalan lancar dalam suasana aman walaupun beberapa insiden kecil melibatkan kerosakan poster kempen parti yang bertanding.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebanyak 23 kertas siasatan telah dibuka daripada 32 laporan polis diterima setakat ini sejak kempen bermula sebaik sahaja selesai hari penamaan calon, Isnin lepas.

Katanya, daripada jumlah kes dilaporkan, 10 kes akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan susulan.

Kebanyakan kes adalah berhubung tindakan merosakkan poster dan masing-masing satu kes pecah kereta dan pergaduhan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggotanya di Dewan Pahlawan Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, di Batu Kawah, dekat sini hari ini.

Menyentuh mengenai 20 kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas pada PRN-11, Khalid berkata setakat ini kawasan itu masih dalam keadaan terkawal dengan tambahan jumlah anggota keselamatan di kawasan-kawasan berkenaan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");