Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: 7 Mei Tarikh Mengundi

KUALA LUMPUR: 7 Mei 2016 telah ditetapkan sebagai tarikh membuang undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata hari penamaan calon pula telah ditetapkan pada 25 April 2016.

Beliau mengumumkan tarikh itu selepas mengadakan mesyuarat khas di Kuching, Sarawak hari ini berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 11 April yang lalu.

“Dengan ini SPR mengumumkan 14 April sebagai tarikh keluar writ iaitu hari ini, 15 April tarikh notis pilihan raya, 25 April hari penamaan calon, dan 7 Mei sebagai tarikh pengundian,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu, lapor Bernama.

Jelasnya, pilihan raya negeri (PRN-11)akan menggunakan senarai daftar pemilih induk 2015 yang telah dikemas kini sehingga 10 April 2016.

Terdahulu PRN Sarawak ke-11 diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dengan perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud setelah dirujuk Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Gambar:- Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");