Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : Adenan Digesa Henti Halang Pemimpin PH Ke Sarawak

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengharapkan agar Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengamalkan sistem demokrasi yang sihat dan pertandingan politik yang adil serta sama rata menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Tegasnya, apa yang berlaku sekarang ini jelas menunjukkan parti-parti pembangkang diberi layanan yang cukup berbeza berbanding UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Tindakan pentadbiran Adenan Satem menghalang kemasukan ahli-ahli politik khusus dari Pakatan Harapan amat mendukacitakan.

“Dalam demokrasi yang sihat, pertandingan politik yang adil dan sama rata mewajibkan parti-parti politik dari pihak pemerintah dan pembangkang diberi peluang yang sama untuk bertemu pengundi dan menjalankan aktiviti politik yang sah mengikut undang-undang,”katanya dalam satu kenyataan.

Kata Wan Azizah, beberapa pemimpin pembangkang telah dihalang masuk ke Sarawak tanpa diberi sebarang penjelasan antaranya yang terkini ialah Exco Kerajaan Pulau Pinang merangkap ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Ahli Parlimen Bayan Baru yang juga Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin.

“Mengapa seorang Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen dihalang dari masuk walhal mereka tiada rekod jenayah atau terlibat dalam sebarang skandal, manakala seorang Presiden UMNO yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kontroversi di dalam dan luar negeri diberi layanan yang cukup baik.

“Demi demokrasi dan pilihanraya yang bersih dan adil, saya gesa pentadbiran Tan Sri Adenan untuk menghentikan amalan menghalang ahli-ahli politik khusus dari Pakatan Harapan yang berniat melakukan kerja-kerja politik yang tidak salah dari sudut undang-undang dari memasuki Sarawak,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau berharap agar Adenan adalah seorang yang adil dan bersikap terbuka dan Ketua Menteri Sarawak itu juga mahu menonjolkan sebuah pentadbiran yang lebih baik dan adil berbanding sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");