Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: AMANAH Umum Tanding 13 Kerusi

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding bagi 13 buah kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti.

Namun begitu, meskipun AMANAH masih belum mengumumkan calon yang akan bertanding, beliau telah mengarahkan semua calon tersebut bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya itu.

“Berdasarkan mesyuarat nasional sebentar tadi, kita (AMANAH) telah memutuskan untuk AMANAH bertanding dalam 13 kerusi.

“Kita juga telah arahkan untuk bersiap sedia dan calon juga sudah dikenal pasti,” katanya dalam satu sidang media di Wisma AMANAH Jalan Ipoh, hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa AMANAH juga bersedia untuk bertembung dengan PAS sekiranya parti Islam itu bertanding dalam kerusi yang sama.

“Jika mereka turut bertanding kita akan lawan,” katanya.

Sementara itu, beliau telah meminta kerajaan supaya tidak menghalang pemimpin AMANAH untuk masuk ke Sarawak berikutan ia akan menghalang mereka untuk bertanding dalam PRN Sarawak.

Tegasnya, AMANAH juga telah menghantar surat khas kepada Ketua Pejabat Sarawak untuk menilai semula keputusan menghalang beberapa pimpinan AMANAH daripada memasuki negeri itu.

“Keputusan menghalang Presiden AMANAH, Mohamad Sabu kita harap mereka menilai semula.

“Tidak sepatutnya mereka menghalang pimpinan kita masuk ke Sarawak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");