Berita Hari Ini

PRN Sarawak : Boleh Ke Sarawak Selepas PRN Selesai – Adenan

PUTRAJAYA – Negeri Perlis, Kedah dan Pahang memerlukan pembenihan awan untuk mengurangkan kesan cuaca panas dan kering yang dihadapi negara sekarang, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Zaitun Ab Samad.

Beliau berkata, kumpulan kerja bagi menangani situasi panas dan kering bermesyuarat hari ini bagi menentukan jumlah kekerapan dan tempoh untuk melakukan proses pembenihan awan di negeri tersebut.

“Pihak agensi telah menerima arahan daripada Kabinet untuk melakukan pembenihan awam dalam skala yang besar dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia dan Meteorologi Malaysia di kawasan yang memerlukan, ” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri mesyuarat kumpulan kerja menangani situasi panas dan kering di sini hari ini.

Zaitun berkata, secara putara RM80,000 diperlukan untuk setiap operasi pembenihan awan dan kesemua kos ditanggung oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Buat masa ini pembenihan awam dilakukan secara kecil-kecilan di Sabah oleh syarikat swasta dengan kerjasama Meteorologi Malaysia memandang negeri itu kini mempunyai takungan air yang rendah di empangan,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");