Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak Mesti Dalam ‘Geng’ Sama

KUALA LUMPUR: Demi memastikan pembangunan yang berterusan di Sarawak, kerajaan pusat dan kerajaan negeri mesti berada dalam ‘geng’ yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan bekerja keras untuk membantu ‘geng’ beliau, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 7 Mei nanti.

Ujar Najib lagi, rakyat Sarawak perlu memilih kerajaan di bawah pimpinan Adenan untuk membela nasib rakyat di samping membawa harapan baharu untuk mereka.

“Kita perlu kerajaan yang bukan sahaja boleh janji, tetapi boleh tunaikan janji itu pada keadaaan peringkat di mana kita boleh merasai kebaikan dan perubahan daripada janji-janji yang dilafazkan,”ujarnya, lapor Bernama.

Dalam masa yang sama, Najib turut mengingatkan rakyat Sarawak agar tidak mudah terpedaya dengan ‘Impian Sarawak’ yang dibawa pembangkang kerana konsep itu hanya merupakan satu propaganda sahaja.

Beliau berkata demikian ketika berucap untuk merasmikan Projek Pan Borneo Sarawak bagi jajaran dari Simpang Bintangor-Sungai Kua sepanjang 76.2 kilometer dekat Jambatan Durin, Sibu, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");