Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : Najib Harap Pengundi Buat Pilihan Bijak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menasihati pengundi Sarawak supaya membuat pilihan bijak apabila turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, 7 Mei ini.

Menerusi catatan terbarunya di lama Facebook, beliau turut menegaskan bahawa masa depan negeri itu adalah bergantung kepada pilihan yang mereka bakal buat pada hari berkenaan.

“Janganlah gadaikannya dengan janji kosong dan sandiwara pembangkang.

“Pilihlah Barisan Nasional (BN) yang mempunyai rekod cemerlang melaksanakan segala janjinya untuk rakyat,” katanya

Najib kini berada di Sarawak, menjelajah dan berkempen bersama-sama calon BN bagi kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");