Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : PAS Letak Calon Bukan Islam Buat Pertama Kali

KUALA LUMPUR: Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili mengesahkan parti Islam itu buat pertama kalinya meletakkan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Jelas beliau, tindakan itu diambil dalam usaha PAS untuk bertapak dalam politik Sarawak pada PRN ke-11 negeri itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon tersebut.

“Pengumuman rasmi kesemua 11 calon, termasuk calon bukan Islam itu dan satu-satunya calon wanita, akan diumumkan pada Rabu malam di Bintulu,”katanya, lapor Bernama.

Mukhtar berkata, kesemua 11 calon PAS untuk PRN Sarawak mempunyai latar belakang yang berbeza dan merupakan golongan profesional daripada syarikat multinasional, pesara, usahawan dan bekas penjawat awam.

“Kami telah turun padang ke seluruh Sarawak menerusi program kami dipanggil ‘Untukmu Sarawak’ yang telah dilaksanakan pada 2014 dan berdasarkan maklum balas, kami yakin yang kami ada peluang,”ujarnya.

Bernama turut melaporkan, PAS akan bertanding bagi kerusi Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu.

Terdahulu, ketika PRN Sarawak yang lalu pada tahun 2011, PAS gagal memenangi lima kerusi yang ditandinginya iaitu di Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, penyertaan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mengumumkan akan turut bertanding dalam PRN Sarawak akan memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang.

“Dengan atau tanpa kehadiran AMANAH dalam pilihan raya negeri, kami sudah membuat persediaan dan kami sedia berdepan dengan sesiapa sahaja,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");