Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: PAS Optimis Mampu Buat Kejutan

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang optimis optimis parti itu mampu membuat kejutan pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) kali ini biarpun disifatkan banyak pihak tidak relevan dalam senario politik Sarawak.

Beliau turut yakin dengan prestasi parti itu, biarpun bukan hanya terpaksa berdepan Barisan Nasional (BN), malah perlu bersaing dengan kumpulan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) dan bekas sekutunya, PKR dan DAP.

Memetik sumber Mstar online, beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto PAS bagi kerusi Lambir dan Jepak di sebuah restoran di sini, malam Isnin.

Selain berdepan BN, PAS yang akan bertanding 11 kerusi pada pilihan raya kali ini, akan menentang Amanah di Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, manakala dengan PKR di Kakus, Jepak dan Lambir, serta DAP di Samalaju dan Pujut.

PAS juga akan bertanding satu lawan satu dengan BN di kerusi Pantai Damai manakala Amanah pula akan bertanding di 13 kerusi pada pilihan raya kali ini, terutamanya di kawasan yang majoriti pengundinya kaum Melayu-Melanau.

Dalam PRN-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan – Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, namun gagal memenangi sebarang kerusi.

Mengulas pula mengenai parti Amanah yang akan bertanding buat pertama kali pada PRN, Abdul Hadi menyifatkan parti itu sebagai ‘parti nyamuk’, dan tidak akan memberi cabaran sengit kepada parti yang sudah kukuh.

Abdul Hadi turut menyatakan tidak bersetuju mengenai kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa perbalahan dalam kalangan parti-parti pembangkang akan memberi kelebihan kepada BN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");