Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: PAS Yakin Kriteria Calon Berwibawa

KUALA LUMPUR: Pas menyatakan keyakinan kriteria calon berwibawa di lima kawasan pertembungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah), memberi kelebihan kepada parti itu untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 11 Sarawak.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, turut yakin bahawa Pas mampu memperoleh kemenangan berdasarkan reaksi positif yang diterima dalam kalangan pengundi Sarawak.

“Kita meletakkan calon anak tempatan yang berwibawa, bekas tokoh korporat, jurutera, dengan 80 peratus daripada mereka ini adalah lepasan ijazah.

“Insya-ALLAH, dengan meletakkan calon berwibawa ini akan memberi kelebihan kepada Pas untuk menang,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengumumkan parti itu akan bertembung dengan Pas di lima kerusi pada PRN Sarawak iaitu Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Pada PRN kali ini juga, Amanah akan bertanding 13 kerusi, DAP 29 kerusi, manakala PKR bertanding 40 kerusi.

Tuan Ibrahim berkata, meskipun Pas telah membuat pengumuman awal bertanding di 11 kerusi awal April lalu, ternyata pertembungan tersebut tidak dapat dielakkan.

“Bagi Pas, kita berharap tidak berlaku pertandingan tiga penjuru dalam kalangan blok pembangkang yang ada kerana ini akan memberi ruang dan peluang kepada BN.

“Namun sayangnya, isu perundingan kerusi di Sarawak ini tidak berjalan sebagaimana sepatutnya dan tidak dapat dielakkan.

“Jadi, apa yang boleh kita lakukan, pastikan gerak kerja terus dilakukan oleh jentera parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");