Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : Pemimpin Pembangkang Boleh Ke Sarawak Selepas PRN Selesai – Adenan

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, pemimpin politik pembangkang yang dilarang masuk ke negeri itu boleh memasuki Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai.

Berikutan itu, Adenan menegaskan bahawa beliau tidak akan membatalkan sekatan ke atas pemimpin pembangkang sehingga PRN selesai diadakan.

“Daripada jawapan saya, anda tahu saya tidak akan membatalkan larangan itu.

“Tetapi mereka boleh datang ke Sarawak pada bila-bila masa sahaja selepas pilihan raya,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Adenan berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kritikan pembangkang bahawa lebih 20 pemimpin DAP dan beberapa pemimpin PKR serta Parti Amanah Negara (AMANAH) dilarang memasuki Sarawak.

Selain itu, terdapat beberapa aktivis turut dihalang memasuki negeri itu termasuklah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Berikutan itu, Ambiga mendakwa bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sarawak itu telah menyalahgunakan Akta Imigresen yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak untuk mengawal kemasukan mana-mana individu ke negeri itu.

Dalam masa yang sama, Adenan turut menegaskan bahawa beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk ‘melindungi negeri itu daripada elemen yang tidak baik’.

Ujarnya lagi, larangan itu tidak hanya terhad kepada pemimpin pembangkang, sebaliknya larangan yang sama akan turut dikenakan kepada pemimpin BN dan UMNO yang dianggap pelampau.

“Kami juga pernah menyekat kemasukan orang seperti Ibrahim Ali (Presiden PERKASA) dan Ridhuan Tee (pendakwah kontroversi),”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");