Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: Pemuda BN Lancar ‘Armada Misi Kemenangan’

KUALA LUMPUR:Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak melancarkan ‘Armada Misi Kemenangan’ yang mengadakan siri menjelajah seluruh negeri Sarawak mulai hari ini.

Memetik sumber laporan Berita harian, rombongan ahli jawatankuasa Pemuda BN negeri itu diketuai Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof akan singgah di semua bahagian negeri ini hingga 6 April ini.

Fadillah yang juga Ketua Pemuda BN Sarawak berkata, sepanjang jelajah itu mereka akan bertemua dengan akar umbi untuk menerangkan dasar kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Tambahnya juga, mereka turut berperanan menjelaskan hasrat BN untuk terus membentuk kerajaan negeri yang kukuh selepas Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

“Kami menjelajah seluruh negeri untuk mencapai misi kemenangan untuk BN negeri. Kita perlukan mandat besar pada PRN-11 namun kita tidak menganggap ia mudah dicapai.

“Justeru itu, usaha kami lipat gandakan dengan melancarkan misi ini yang kami tetapkan untuk membantu BN mencapai hasrat itu yang ditetapkan untuk memakmurkan lagi rakyat negeri ini,” katanya.

Armada Misi Kemenangan Pemuda BN itu akan menamatkan penjelajahan di Lawas, Rabu depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");