Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: PKR Pilih ‘move on’

KUALA LUMPUR: Pengarah pilihanraya PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini menegaskan bahawa pihaknya memilih untuk terus bergerak ke hadapan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, pihaknya tidak mahu isu pertindihan kerusi yang berlaku antara parti itu dengan DAP sebagai penghalang kepada usaha mereka untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.

“Saya pilih untuk tidak fokus pada itu (pertindihan kerusi) saya pilih untuk ‘move on’.

“Maknanya terus bergerak ke hadapan dengan pilihanraya ini dan meminjamkan sokongan kepada calon-calon kami,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan PKR akan mengalah dengan DAP bagi keenam-enam kerusi, beliau turut menyatakan bahawa pihaknya benar-benar mahu fokus kepada pilihanraya dan mahu membiarkan calon terbaik menang dalam pilihanraya itu.

Nurul Izzah juga menyifatkan hubungan partinya dengan DAP kukuh dan yakin kedua-duanya dapat mendepani krisis itu.

Terdahulu, penamaan calon bagi PRN Sarawak menyaksikan PKR bertembung enam kerusi dengan DAP dan tiga kerusi dengan PAS.

Pertembungan antara PKR dengan DAP adalah di Mulu, Mambong, Ngemah, Murum, Simanggang dan Batu Kitang. Manakala dengan PAS pula di Kakus, Jepak dan Lambir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");