Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: PKR Tidak Amanah

KUALA LUMPUR: DAP melahirkan rasa kecewa dengan tindakan PKR yang dilihat tidak amanah berikutan telah melanggar perjanjian yang dicapai oleh kedua-dua parti tersebut dalam rundingan untuk bertanding di kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 , ujar Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau yang dipetik BH Online berkata, parti itu tidak menunaikan janji mereka untuk mematuhi etika kajian Merdeka Center yang menentukan populariti dua parti pembangkang itu di kawasan bertindih.

Siew Fook turut mendakwa PKR tidak serius dalam menghadapai PRN tersebut setelah calon daripada parti itu untuk kerusi Pantai Damai, Morni Samsudin dibatalkan pencalonannya kerana muflis.

Manakala, tambahnya lagi, calon PKR bagi Bukit Sari, Alex Lihan pula tidak hadir pada penamaan calon tanpa sebarang alasan.

“Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencadangkan kajian membabitkan kos RM100,000 itu dilakukan supaya perebutan kerusi bertindih diselesaikan berdasarkan populariti parti pembangkang di kawasan bertindih.

“Dalam satu mesyuarat antara DAP dan PKR yang turut dihadiri wakil parti dari Sarawak, DAP tegaskan kalau buat kaji selidik, PKR perlu hormati keputusan itu walaupun ia tidak memihak mereka dan apa yang berlaku sekarang ialah mereka tidak menghormati kajian dan perjanjian pemimpin parti.

“Malah, hingga saat akhir iaitu sehari sebelum pencalonan, masih ada permintaan daripada PKR untuk menukar kerusi yang sudah dipersetujui dan DAP tolak kerana tidak mahu calon bertanding tanpa persediaan mencukupi, ” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini, lapor BH Online.

Dalam pada itu Siew Fook berkata, DAP dan PKR pada asalnya mencapai persetujuan bagi kerusi bertindih pada 7 April lalu dengan meletakkan DAP bertanding di Senadin; Mulu; Murum; Ngemah; Mambong; Tasik Biru ; Simanggang dan Bukit Semuja, manakala PKR di Batu Kitang; Marudi; Machan; Layar dan Belaga.

Namun begitu, beliau berkata, kegagalan PKR negeri menerima persetujuan itu menyebabkan pertembungan antara kedua-dua parti itu berlaku.

Ketika ditanya kemungkinan DAP mengambil tindakan terhadap PKR, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan selepas PRN-11.

Terdahulu, pada penamaan calon PRN-11 semalam, pembangkang bertembung sesama sendiri di sebanyak 16 Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan lapan daripadanya adalah antara DAP dan PKR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");