Panasnya Hari Ini

Rafizi Ditahan Sebaik Keluar Bangunan Parlimen

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli telah ditahan oleh pihak polis sebaik sahaja keluar dari bangunan Parlimen, sekitar jam 6.05 petang ini.

Menerusi satu kenyataan ringkas di muat naik di laman Facebook beliau, pihak peguam kini sedang cuba untuk mengesahkan lokasi penahanan dan cuba untuk berhubung dengan Ahli Parlimen Pandan itu.

Bagaimanapun, punca penangkapan Rafizi itu masih belum diketahui.

Terdahulu, memetik laporan Malaysiakini, Rafizi telah mendedahkan satu dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang didakwa membuktikan hubungan diantara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Rafizi juga mendakwa, dokumen sulit itu diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Sebelum ini, Rafizi juga turut bersedia untuk memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut kepada jabatan siasatan jenayah komersial.

Dalam masa yang sama, Rafizi juga turut menyatakan kesediaan beliau untuk direman kerana mendedahkan dokumen tersebut yang diklasifikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi dengan syarat, Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy turut menerima layanan yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");