Panasnya Hari Ini

Rahman Dahlan Dedah Soalan ‘Debat’ Untuk Guan Eng

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan tampil mendedahkan soalan-soalan yang ditujukan khusus buat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerusi debat antara mereka berdua yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

“Terangkan mengapa permohonan untuk cadangan (RFP) Taman Manggis telah dianugerahkan kepada Centre Kuala Lumpur International Dental (KLIDC) apabila pernyataan audit untuk KLIDC Sdn Bhd bagi tahun itu telah menyatakan KLIDC mempunyai aset negatif, termasuk ‘penekanan perkara-perkara’ oleh juruaudit yang menyatakan bahawa wujud keraguan yang ketara sama ada syarikat itu boleh diteruskan,” kata Abdul Rahman menerusi muat naik status di Facebooknya malam Isnin.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Guan Eng berkata tanah itu terlalu kecil untuk blok 17 tingkat rumah pangsa tetapi cukup besar untuk sebuah kompleks 30 tingkat dan pusat perubatan, sambil menegaskan bahawa projek perumahan itu akan memberi manfaat kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah Pulau Pinang.

“Adakah anda bersetuju bahawa nilai komersil tanah Taman Manggis akan meningkat dengan ketara selepas kerajaan negeri mengubah syarat-syarat penggunaan tanah dari 100 peratus pusat perubatan kepada sebuah kompleks bertingkat tinggi dengan 30 tingkat yang terdiri daripada hotel 70 peratus/ pangsapuri perkhidmatan dan 30 peratus pusat perubatan hanya setahun selepas RFP dianugerahkan kepada KLIDC, “katanya menerusi soalan yang diajukannya.

Beliau juga mempersoalakan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang masih memberi kelulusan perancangan dan pembangunan untuk KLIDC – walaupun KLIDC menunjukkan aset bersih negatif, sifar pekerja dan tiada pendapatan.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, turut mengajukan pertanyaan sama ada Guan Eng akan tampil memohon maaf kepadanya kerana telah memanggil beliau ‘Menteri Khabar Angin’ apabila pemilik KLDIC Datuk Tang Yong Chew telah mengesahkan bahawa perjanjian jual sememangnya telah ditandatangani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");