Sukan Hari Ini

Raneem minat muzik pop

Kuala Lumpur: Nama Raneem El Welily mula dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia apabila berjaya merampas takhta pemain nombor satu dunia daripada ratu skuasy negara Datuk Nicol David yang dipegang selama 109 bulan.

Bagaimanapun penguasaan itu tidak lama apabila dia hanya bertahan selama tiga bulan sebelum dirampas pemain England Laura Massaro.

Namun bagi Raneem bergelar pemain nombor satu dunia cukup menggembirakan kerana dia berjaya melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama Mesir berjaya menguasai gelaran nombor satu dunia dalam mana-mana sukan.

Meminati muzik pop, Raneem berkata, seandainya dia tidak bergelar pemain skuasy, kemungkinan besar dia akan bermain muzik.

“Saya meminati alat muzik dram. Namun kekangan masa membuatkan saya melupakannya tapi saya pernah cuba bermain dram itu sebanyak dua kali.

“Saya tidak menyesal memilih skuasy. Sukan ini begitu bermakna bagi saya terutama ketika bergelar pemain nombor satu dunia. Pencapaian tertinggi yang diimpikan oleh saya,” katanya yang muncul juara di Terbuka Windy Mac lalu.

Beraksi pada Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Raneem melakar kemenangan pusingan pertama ke atas lawan dari Wales Tesni Evans 11-5, 11-2, 11-6 dalam pertarungan yang memakan masa 27 minit.

Dilahirkan di Iskandariah, peluang bermain skuasy membolehkannya merantau ke serata pelosok dunia dan paling menarik apabila berkesempatan mencuba pelbagai jenis masakan.

Amat meminati makanan sushi, Raneem berkata, dia berharap dapat melakar sesuatu yang istimewa di negara ini dan jika boleh mahu bergelar juara wanita dunia.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");