Panasnya Hari Ini

Rayani Air Minta Tempoh Masa Seminggu, Selesaikan Masalah

KUALA LUMPUR: Pemilik syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Ravi Alagendrran meminta semua pihak memberikan tempoh masa sehingga seminggu untuk pihaknya menyelesaikan masalah yang terdapat dalam syarikat tersebut.

Memetik laporan Sinar harian, buat masa ini, pihaknya sudah berjaya mendapatkan kerjasama daripada syarikat pelaburan baharu memandangkan pelabur terdahulu sudah menarik diri daripada syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun, Ravi tidak dapat mendedahkan maklumat perbincangan berkenaan pihaknya dan syarikat pelaburan baharu tersebut.

“Dalam masa seminggu, kami akan umumkan bila kami akan sambungkan semula perkhidmatan kami.

“Kami minta jangka masa dua bulan dengan DCA (Jabatan Penerbangan Awam) untuk hentikan operasi buat sementara waktu,” katanya.

Beliau juga akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai nasib kakitangan Rayani Air sepanjang operasi penerbangan syarikat itu digantung.

“Mereka mahu datang kerja atau tidak (pada sepanjang masa penggantungan operasi), itu terpulang kepada mereka. Bagaimanapun pihak kami akan berbincang tentang nasib mereka untuk tempoh tersebut.

“Buat masa sekarang, kita tidak fly, jadi mereka tidak ada kerja. Jadi saya akan bincang dengan pengurusan mengenai perkara tersebut,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga tidak menolak bahawa syarikatnya itu masih memerlukan perkhidmatan kakitangannya sebaik sahaja Rayani Air mula beroperasi semula kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");