Jenayah

Rela mati hilang nikmat tidur

Kuala Selangor: Tiada guna hidup lagi kerana susah untuk tidur. Itu ungkapan seorang wanita yang mengalami masalah sukar tidur sebelum mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan terjun ke sungai berhampiran Jeti Pasir Penambang, di sini, pagi semalam.

Lim Wan, 55, yang dikatakan turut mempunyai masalah mental dilihat terjun ke sungai berkenaan oleh orang ramai sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Superintendan Ruslan Abdullah berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Sri Sekinchan, di sini, dengan memandu kereta suaminya seorang diri.

Beliau berkata, suami mangsa yang turut berada di rumah menyedari isterinya keluar kira-kira jam 8 pagi tanpa mengetahui ke mana arah tujuan isterinya.

“Anak lelaki mangsa berusia 31 tahun yang mengetahui kehilangan ibunya kemudian segera mencari di kawasan sekitar sebelum dimaklumkan daripada beberapa rakannya yang melihat kereta yang dipandu ibunya di Jambatan Pasir Penambang.

“Orang ramai yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian melihat mangsa terjun daripada jambatan sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, pasukan polis dan bomba yang tiba di lokasi kejadian menemui mayat mangsa tidak jauh dari jambatan berkenaan.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");