Jenayah

Rentung tak sempat keluar

Subang Jaya: Seorang lelaki warga India rentung selepas rumah sewa yang didiaminya di Flat PKNS, Sri Subang di sini, musnah terbakar.

Dalam kejadian pada jam 4 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun terperangkap di bahagian dapur rumah berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.13 pagi sebelum satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kjadian api mula marak di bahagian dapur dan kerja-kerja pemadaman dilakukan dan berjaya dikawal 15 minit kemudian.

“Anggota Bomba menemui mayat yang rentung di bahagian dapur dipercayai terparangkap selepas gagal menyelamatkan diri,”katanya.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");