Membawang Hari Ini

RM300,000 hari pertama

Kuala Lumpur: Filem Indonesia Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) meraih kutipan memberangsangkan iaitu lebih RM300,000 pada hari pertama tayangannya di negara ini, kelmarin.

Kutipan filem edaran Primeworks Distribution itu dijangka meningkat apabila jualan tiket untuk hujung minggu ini habis dijual.

Pengurus Besar Inovasi dan Pengedaran Primeworks Studios Marini Ramlan berkata, dia berbangga dengan kutipan diterima dan berharap ia terus melonjak lagi.

“Dengan jalan cerita yang menarik di samping lakonan setiap pelakon yang mantap, saya yakin dengan filem ini. Saya berharap peminat setia filem ini dapat membawa sama teman mereka menonton.

“Banyak perubahan daripada segi watak dan penceritaan yang lebih menarik pasti membuat penonton teruja menonton filem ini,” katanya.

AADC 2 ditayangkan di 90 pawagam di seluruh negara dan lebih 25,000 penonton menyaksikan filem ini di hari pertama tayangannya, kelmarin.

Marini berkata, dia yakin pihaknya tidak sia-sia memilih filem ini untuk diedarkan di Malaysia.

Filem terbitan Miles Production dan arahan Riri Riza itu menampilkan lakonan Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Titi Kamal, Adinia Wirasti dan Sissy Prescillia.

Ia adalah sekuel kepada AADC yang pertama pada 2002 mengenai kisah cinta remaja antara Cinta dan Rangga.

AADC 2 turut menerapkan elemen persahabatan di antara Cinta dan rakan karib mereka iaitu Karmen, Maura dan Milly.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");