Berita Hari Ini

RM70j bina Jambatan Kampung Lama

MIRI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan RM70 juta bagi pembinaan jambatan di Kampung Long Lama, yang terletak dalam kawasan Dun Telang Usan.

Beliau sebelum itu menggunakan feri yang digunakan penduduk sebagai pengangkutan untuk berulang-alik di dua kawasan di kampung itu yang dipisahkan oleh Sungai Baram.

“Saya rasai sendiri pengalaman menaiki feri…jadi saya cakap dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) kena buat jambatan cepat-cepat.

“Saya kemudian hubungi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), terus dia luluskan RM70 juta untuk buat jambatan,” katanya pada majlis bersama Rela dan pelancaran projek menaik taraf bekas jalan balak di kampung itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid memilih jalan darat untuk ke majlis berkenaan, perjalanan lebih dua jam dari bandarraya Miri, melibatkan jarak kira-kira 140km. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");