Sukan Hari Ini

Ronaldo dan Benzema kembali cergas

JURULATIH Real Madric, Zinedine Zidane memaklumkan bahawa kedua-dua pemain bintangnya, Christiano Ronaldo dan Karim Benzema kini kembali cergas menjelang pertemuan menentang Manchester City awal pagi esok.

Ronaldo sebelum ini terpaksa dikeluarkan ketika pertemuan menentang Villarreal manakala Benzema turut mengalami nasib sama selepas terpaksa dikeluarkan ketika pertemuan menentang Rayo Vallecano pada hujung minggu lalu.

Namun begitu, Zidane menegaskan bahawa kedua-dua pemain bintangnya itu akan kembali cergas menjelang perlawanan pertama peringkat suku akhir Liga Juara-juara menentang City.

“Saya rasa mereka akan kembali cergas 100 peratus dalam pertemuan tersebut. Mereka pemain yang saling bantu-membantu antara satu sama lain. Saya berpandangan mereka berdua akan kembali cergas untuk bermain,”katanya kepada wartawan seperti dipetik Goal.com

Benzema dijangka akan menerajui barisan serangan Madrid walaupun dia melalui proses pemulihan yang singkat sebelum pertemuan di Stadium Etihad pada awal pagi esok.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");