Sukan Hari Ini

Saingan Lebih Kompetitif Beri Tekanan Kepada Barca Untuk Mara – Ancelotti

KEGAGALAN kelab gergasi Sepanyol, Barcelona untuk mara ke aksi separuh akhir Liga Juara-Juara turut mendapat simpati daripada bekas pengendali Real Madrid dan AC Milan, Carlo Ancelotti.

Beliau tidak menyalahkan pasukan tersebut 100 peratus di atas kekalahan kepada Atletico Madrid, sebaliknya berpendapat kejuaraan tersebut semakin sukar untuk dimenangi kerana saingan lebih kompetitif berbanding masa lalu.

Pada aksi suku akhir, Barcelona tewas 2-0 kepada Atletico di Stadium Vincente Calderon, awal pagi Khamis.

“Saya fikir agak sukar untuk memenangi Liga Juara-Juara kerana saingan pada hari ini lebih kompetitif jika dibandingkan dengan aksi masa lalu.

“Apabila kami memenanginya pada tahun 1989 dan 1990, tiada banyak perlawanan untuk melayakkan diri ke final dan untuk menang serta tiada banyak pasukan,” katanya.

Ancelotti antara pengurus yang pernah memenangi kejuaraan tersebut sebanyak tiga kali iaitu dua trofi semasa mengendali AC Milan pada 2003 dan 2007 manakala sekali bersama Real Madrid, dua tahun lalu.

Beliau berkata, pasa masa lalu, terdapat hanya satu pasukan untuk setiap negara yang boleh beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Katanya, pada hari ini, tiga atau empat pasukan dari setiap negara dibenarkan beraksi sekali gus menjadikan saingan merebut gelaran juara menjadi lebih sukar.

Antara tahun 1956 dan 1990, lapan pasukan memenangi dua atau lebih kejuaraan berturut-turut iaitu Real Madrid (5: 1956-60), Benfica (2: 1961 dan 1962), Inter (2: 1964 dan 1965), Ajax (3: 1971-73), Bayern Munich (3: 1974-1976), Liverpool (2: 1977 dan 1978), Nottingham Forest (2: 1979 dan 1980) dan Milan (2: 1989 dan 1990).

Namun sehingga hari ini masih belum ada pasukan yang memenangi kejuaraan tersebut berturut-turut sejak ia mengharungi penjenamaan semula dan diberi nafas baharu pada 1992.

Menurut Ancelotti, semasa era aksi pra Liga Juara-Juara apabila Piala Eropah merupakan pertandingan kalah mati, ia tidak dinafikan memberi laluan mudah untuk mara ke final.

Katanya, ia dapat dibuktikan menerusi kejayaan PSV pada tahun 1998.

“Kelab Belanda itu hanya beraksi dalam sembilan perlawanan pada musim itu, hanya menang tiga. Pasukan kendalian Guus Hiddink itu menundukkan Bordeaux dan Real Madrid menerusi kelebihan gol di gelanggang lawan selepas seri semua empat perlawanan sebelum mengatasi Benfica menerusi penentuan penalti,” katanya.

Berbeza pada hari ini, pasukan perlu beraksi dalam 13 perlawanan yang membabitkan aksi peringkat kumpulan yang meminimumkan peluang pasukan besar untuk pulang lebih awal.

“Itulah sebabnya hanya empat finalis dalam era Liga Juara-Juara: Porto dan Monaco yang bertemu dalam aksi penentuan pada 2004 dan Bayer Leverkusen pada 2002.

“Kita boleh katakan Madrid dan Liverpool pasukan lemah pada 1998 dan 2005 tetapi kedua-dua pasukan itu boleh dianggap sebagai kuasa besar dalam kejohanan Eropah itu,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");