Panasnya Hari Ini

Sampaikan Mesej Malaysia Amal Kesederhanaan Ke Seluruh Dunia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik dapat menyampaikan mesej ke seluruh dunia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan.

Menerusi catatan terbaharu di laman media sosial Facebooknya, Najib berkata, Malaysia juga sentiasa berusaha untuk menggalakkan kesatuan ummah demi keteguhan bersama.

“Adalah harapan saya agar Dr Zakir dapat menyampai mesej ke seluruh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan dan sentiasa berusaha untuk menggalakkan kesatuan ummah untuk keteguhan bersama,” katanya yang turut menyatakan bahawa telah menjemput penceramah berkenaan untuk bersarapan pagi di kediamannya.

Terdahulu, Dr Zakir Naik kini berada di Malaysia dalam siri jelajahnya ke negara ini.

Gambar: Facebook Najib Razak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");