Isu Panas

Satu lawan satu: PKR, DAP perlu putuskan segera

SHAH ALAM – Pemimpin DAP dan PKR digesa mencari jalan terbaik bagi menentukan keputusan satu lawan satu menentang BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, perkara tersebut perlu diselesaikan segera demi kebaikan parti masing-masing dan rakyat Sarawak.

“Kami sangat mengharapkan pemimpin DAP dan PKR di peringkat nasional dan negeri dapat mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi agar hanya satu lawan satu menentang BN dalam PRN Sarawak kali ini.?

“Saya yakin pemimpin DAP dan Keadilan berupaya melakukan yang tebaik untuk Pakatan Harapan di Sarawak dan negara,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Pakatan Harapan memutuskan untuk bertanding satu lawan satu antara PKR, DAP dan Amanah pada PRN Sarawak akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi sidang media 11 April lalu berkata, pihak telah mencapai persetujuan bagi mengelakkan daripasa berlakunya sebarang pertembungan antara sesama mereka.

“Saya juga berkeyakinan penuh bahawa dengan fikiran waras jalan penyelesaian terbaik dapat dicari supaya Pakatan Harapan dapat merealisasikan harapan rakyat di Sarawak dan seluruh negara,” kata Mohamad lagi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");