Panasnya Hari Ini

Satu Penghormatan Dipilih Sertai ‘Team Adenan’- Juanda Jaya

KUALA LUMPUR: Dipilih untuk menyertai ‘team Adenan’ merupakan satu penghormatan, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya.

Juanda turut menyatakan bahawa beliau akan berusaha untuk menjaga kepentingan rakyat selain berazam untuk membantu kerajaan negeri memajukan kawasan pendalaman.

“Tentunya satu penghormatan apabila Ketua Menteri memilih saya untuk sertai ‘team Adenan’.

“Sebagai orang baru dalam politik sebenar, sudah pasti saya akan berusaha untuk menjaga kepentingan rakyat dan meneruskan dasar positif untuk rakyat.

“Ini terutama dalam memajukan kawasan pedalaman. Saya sendiri dari kawasan pedalaman di sana,” katanya yang berasal dari Kampung Igan yang terletak dalam kawasan DUN Jemoreng,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, dalam satu sidang media yang diadakan semalam, nama Juanda telah tersenarai diantara lapan calon PBB dan tiga calon langsung Barisan Nasional (BN) yang diumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Juanda yang kini menjadi Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak bakal bertanding di DUN Jemoreng yang sebelum ini disandang oleh Gani @ Abu Seman Jahwie, juga dari PBB.

Beliau pernah menjadi Mufti Perlis selama dua tahun sebelum menyambung pelajaran di luar negara.

Sebelum ini, beliau juga  dikatakan pernah cuba dipancing oleh PKR untuk bertanding di Parlimen Kangar pada PRU ke-13 tetapi usaha tersebut tidak berjaya.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");