Panasnya Hari Ini

‘Saya Tak Minta Campur Tangan Luar’ – Tun M

KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan bahawa beliau mahu kuasa asing mencampuri urusan dalam negara ini untuk membantunya dalam misi ‘Selamatkan Malaysia’.

Ujarnya, apa yang beliau katakan adalah semua saluran untuk menyatakan kebenaran di negara ini telah disekat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, bekas Presiden UMNO itu menegaskan bahawa beliau akan terus bercakap dengan media asing mengenai pelbagai isu yang melanda Malaysia.

“Saya tak minta campur tangan luar. Saya katakan bahawa semua saluran untuk menyatakan kebenaran di negara ini telah disekat oleh Najib.

“Saya akan beritahu media asing mengenainya (isu yang berlaku di Malaysia,” ujarnya, lapor mStar.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa kertas siasatan telah dibuka terhadap bekas Perdana Menteri itu, Tun Mahathir menganggap tindakan seperti itu adalah perkara biasa.

“Dia siasat dah…dah dua kali siasat. Semua kawan-kawan saya pun dah kena siasat. Tak cukup siasat, Lembaga Hasil Dalam Negeri pun kacau mereka,”ujarnya.

Terdahulu, Tun Mahathir dalam satu wawancara dengan akhbar Australia, The Weekend Australia berkata, usaha untuk menyingkirkan Najib adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan daripada pihak luar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");