Panasnya Hari Ini

‘Saya Tidak Akan Minta Maaf, Itu Hanya Gurauan’

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf dan bersedia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di mahkamah.

Ianya berikutan kenyataan beliau mengenai Rosmah ketika perhimpunan anti-GST Sabtu lalu berhubung isu isteri Perdana Menteri dan Jakel Trading.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR itu berkata, apa yang dikatakan beliau ketika berucap dalam perhimpunan tersebut adalah satu gurauan.

“Saya akan jumpa mereka di mahkamah. Saya tidak akan mohon maaf kerana saya berkata secara berseloroh,”ujarnya, lapor Malaysiakini.

Dalam masa yang sama, Rafizi berkata, Najib tidak perlu bersikap dwi-standard berhubung perkara itu walaupun Ahli Parlimen Pandan itu mengakui bahawa Najib mempunyai hak untuk menyaman.

“Jika anda mahu menjadi begitu sensitif, samanlah (Tun Dr) Mahathir Mohamad, Wall Street Journal dan sesiapa yang mengatakan perkara yang sama.

“Saya tidak fikir ahli politik patut menyaman orang. Orang bercakap tentang anda setiap hari.

“Kita mempunyai akses kepada media untuk menjelaskan cerita kita pula. Apabila saya diserang dengan dakwaan bahawa saya dipecat daripada Petronas kerana didakwa mencuri wang, saya hanya menjelaskan perkara itu,”ujarnya.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, terdapat pengecualian di bawah keadaan tertentu seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa beliau mereka cerita tentang arahan polis untuk meletakkan tangan di belakang semasa ditangkap baru-baru ini.

Rafizi berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kerana isu itu melibatkan kredibiliti beliau.

“Dakwaan itu akan memberi kesan bagaimana saya akan meneruskan tugas saya.

“Apabila saya membuat pendedahan, ia akan menjadi mudah bagi orang untuk memetik beliau (Khalid) dan mengatakan bahawa saya berbohong,”ujarnya.

Namun begitu, Rafizi berkata, beliau akan menghentikan proses menyaman Ketua Polis Negara itu jika Khalid tidak mengulangi kenyataan beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");