Panasnya Hari Ini

Saya Tidak perlu Berlakon Untuk Meraih Simpati Rakyat’ – Rafizi

KUALA LUMPUR : Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menjelaskan berkaitan isu beliau tidak digari ketika ditahan oleh pihak polis pada 5 April lalu.

Terdahulu, tindakan Rafizi yang meletakkan tangan dibelakang seolah-olah digari dipertikaikan oleh banyak pihak yang menyifatkan Ahli Parlimen Pandan itu seperti mencari simpati dari rakyat.

Rafizi berkata, beliau dimaklumkan oleh pegawai bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang ditugaskan untuk menyiasat kes beliau dan beliau dikehendaki meletakkan tangan dibelakang dan akan dipegang oleh pegawai polis yang mengiringinya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 6 April.

“Perbincangan ini berlaku sekitar jam 11.30 pagi di Bilik Persidangan JSJK di Menara 238 Jalan Tun Razak dengan kehadiran peguam saya, Mohd Faizal Abdul Rahman.

“Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak UMNO dan pegawai tertinggi polis kerana ia pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran diberikan kepada saya.

“Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari. Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya,”ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikutan pelbagai tuduhan yang dilemparkan, beliau melahirkan rasa kecewa apabila soal beliau digari atau tidak telah dipolitikkan dengan sewenang-wenangnya berbanding isu penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), salahguna Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan beberapa isu lain telah ditenggelamkan.

Tegas Rafizi, beliau tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat bersamanya selagi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih terus menekan rakyat.

Dalam masa yang sama, beliau turut bersimpati dengan pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan beliau.

“Ini kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap tindakan mereka akan mengundang kritikan.

“Jika mereka menggari saya, penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika mereka tidak menggari saya, besar kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa mereka tidak menggari,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");