Sukan Hari Ini

Sehebat Vilas

Barcelona: Rafael Nadal menewaskan juara bertahan Kei Nishikori 6-4, 7-5 untuk menjuarai Terbuka Barcelona buat kali kesembilan kelmarin sekali gus menyamai rekod Guillermo Vilas dengan 49 gelaran di gelanggang tanah liat.

Nadal menambah gelaran itu selepas menjulang trofi Monte Carlo minggu lalu ketika juara Grand Slam 14 kali kembali menemui sentuhan di gelanggang kegemarannya menjelang Terbuka Perancis bulan depan.

“Saya amat gembira kerana selain menjadi satu daripada kejohanan paling penting yang saya menangi, ini adalah minggu kedua saya bermain dengan baik,” kata Nadal.

“Dua minggu menakjubkan, beberapa minggu saya bermain dengan baik sejak sekian lama.”

Nishikori menang dua edisi kejohanan itu sepanjang dua tahun lalu apabila Nadal tersingkir awal.

Dalam pertarungan menghiburkan di antara dua pilihan utama, Nadal mempamerkan aksi cemerlang di bawah tekanan, menyelamatkan tujuh daripada lapan peluang break pada set pertama dan memanfaatkan dua peluang dimilikinya.

Pemain Sepanyol itu kemudiannya mengatasi pilihan kedua Nishikori menerusi rali hebat pada set kedua untuk memenangi mata penting dan menjulang gelaran ke-69 pada aksi final ke-101.

“Saya bermain menentang pemain nombor enam dunia dan jika anda tidak bermain dengan baik, anda tidak akan menang, ” kata pemain ranking kelima itu.

Selain menyamai pencapaian Vilas pada era Terbuka dari 1970-an dan 80-an, Nadal menambah Barcelona dalam senarai kejohanan yang dijuarainya sembilan kali, selain Roland Garros dan Monte Carlo. Tiada pemain lain yang menjuarai kejohanan sebanyak sembilan kali.

“Ia sungguh istimewa. Saya tidak tahu jika ia boleh diulangi,” kata Nadal mengenai rekodnya.

“Jika saya berjaya melakukannya, ia boleh dilakukan tapi pasti sukar. Saya menjuarai gelaran sembilan kali, banyak kali menjuarainya di gelanggang tanah liat dan kejohanan mencabar. Saya puas hati apabila kejohanan Barcelona turut saya menangi sembilan kali.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");