Sukan Hari Ini

Selangor kena Menang!

SELANGOR mahu memungut tiga mata penting malam ini dalam saingan peringkat Kumpulan E Piala AFC menentang Ceres FC bagi mengelakkan laluan sukar perlu menang terhadap Tampines Rovers di perlawanan terakhir kumpulan.

Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan berkata, Selangor tidak akan berdepan tekanan dan kemungkinan hanya perlu sekurang-kurangnya seri di perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk layak ke peringkat seterusnya jika menang malam ini.

“Perlawanan esok (malam ini) amat penting dan kami tidak mahu kehilangan tiga mata. Jika kalah, amat sukar untuk kami ketika menentang Tampines Rovers nanti.

“Saya juga mahu pemain penyerang menggandakan peluang dan cuba mencipta jaringan lebih banyak dalam perlawanan ini,” katanya dalam sidang media, semalam.

Ketika ini Selangor berada di kedudukan ketiga berkongsi tujuh mata dengan Tampines Rovers.

Dia juga mengesahkan R Gopinathan dan Razman Roslan tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini akibat kecederaan.

Sementara itu, Kapten Selangor, Shahrom Kalam mengakui berdepan Ceres bukan tugas mudah dan menganggap pasukan itu mempunyai kekuatan tersendiri.

“Bagi kami perlawanan esok penting untuk pasukan mara lebih jauh dan semua pemain komited.

“Cuma satu saya minta daripada rakan sepasukan iaitu berdisiplin dan pastikan tidak bolos dalam tempoh 90 minit selain penyerang perlu melakukan sesuatu di jentera serangan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");