Sukan Hari Ini

Semua kena sepakat elak bertelagah

SEMUA pihak seharusnya tidak bertelagah sebaliknya perlu bersama mencari penyelesaian terhadap kemerosotan prestasi yang sedang melanda skuad negara pada ketika ini.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan berkata, prestasi yang tidak menentu dihadapi skuad negara adalah akibat kelemahan program tertentu di peringkat akar umbi yang seterusnya gagal melahirkan pemain yang baik di peringkat antarabangsa.

“Sebenarnya di sebalik apa yang berlaku kini ialah permasalahan di peringkat akar umbi. Tiada program yang benar-benar terbukti mengasah bakat seseorang penjadi pemain yang hebat.

“Seharusnya perkara ini diteliti bukan dengan menyalahkan antara satu sama lain. Pihak-pihak berwajib perlu mencari jalan mengatasi masalah ini” katanya.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kejatuhan ranking Harimau Malaysia bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Dengan kualiti pemain dan jurulatih yang kita ada hari ini…kita tidak mampu menjadi lebih baik,” kata Khairy.

Bagaimanapun, pandangan Khairy Jamaluddin itu disangkal Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyatakan kemerosotan

skuad Harimau Malaysia bukan kesilapan pemain sebaliknya organisasi yang bertanggungjawab ke atas pemain tersebut.

Kata Sathianathan, pandangan yang diutarakan dua tokoh sukan terpenting itu mempunyai fakta dan asas.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");