Panasnya Hari Ini

Senarai 4 Bandar di Malaysia Berbahaya, Tidak Tepat- Khalid

KUALA LUMPUR:Sebuah laman sesawang maklumat pelancongan yang bertindak menyenaraikan empat bandar di Malaysia sebagai bandar berbahaya telah mendapat perhatian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkannya sebagai satu laporan berat sebelah.

Ujarnya, empat bandar dalam senarai 10 bandar paling berbahaya di rantau Asia itu tidak mencerminkan keadaan sebenar yang berlaku di Malaysia.

Terdahulu pada 17 Mac lalu, Laman worldatlas.com telah menyenaraikan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang dan Johor Bahru antara 10 bandar paling berbahaya di Asia.

Dalam artikel itu, jenayah meragut, menipu dan mencuri dikatakan berleluasa di bandar-bandar terbabit dan penjenayah tidak akan melepaskan sebarang peluang ke atas penduduk tempatan mahupun pelancong.

Sementara itu difahamkan dakwaan turut melibatkan lokasi di ibu negara contohnya, apabila dikatakan jenayah berat seperti bunuh, rogol dan rompakan dikatakan sering berlaku.

Manakala di Klang dan Petaling Jaya berlaku pergaduhan antara kongsi gelap, manakala Johor Bahru pula dikatakan sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kes kecurian kereta dan rompakan.

Memetik sumber Sin Chew Daily Khalid turut berpendapat, kadar jenayah di empat bandar itu tidak jauh berbeza dengan bandar-bandar lain di Asia.

“Menyifatkan empat bandar ini antara 10 bandar paling berbahaya di Asia adalah tidak tepat, saya tidak setuju,” katanya.

Tegasnya, pelancong asing yang pernah berkunjung ke Malaysia boleh membuktikan keadaan di negara ini adalah selamat.

“Polis tidak menafikan dalam beberapa kes spesifik, ada pelancong yang menjadi mangsa penjenayah ketika melancong di negara ini, namun ia tidak cukup untuk menjadikan bandar-bandar itu antara 10 bandar paling berbahaya di Asia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");