Panasnya Hari Ini

‘Setia Dalam Persahabatan, Ikhlas Dalam Perjuangan’ – Najib

KUALA LUMPUR: “Nilai yang ada antara saya dan sahabat-sahabat saya ini bukan nilai material, tetapi nilai persahabatan yang ikhlas, tidak boleh dijual beli. Kami setia bersama dalam apa jua keadaan,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegasnya, meskipun kebanyakan daripada mereka kini berumur 60-an, tetapi semangat mereka mempertahankan, menegakkan dan meneruskan perjuangan parti UMNO tidak pernah sedikit pun luntur.

“Ada yang kini masih aktif dalam dunia politik dan kerjaya, ada pula yang telah lama bersara. Ada yang dah bertahun-tahun saya tak jumpa, ada juga yang telah meninggalkan kita dan diwakili petang semalam oleh balu dan waris mereka.

“Inilah sahabat-sahabat yang saya boleh bergantung harap untuk mempertahankan saya bukan sahaja sebagai Presiden UMNO tetapi juga sebagai seorang sahabat yang telah dikenali berpuluh tahun lamanya.

“Semua yang hadir dalam dewan semalam adalah sebahagian daripada sejarah UMNO, kerana tanpa sokongan Pemuda ketika UMNO dilanda konflik Team A dan Team B suatu ketika dulu, tidak mungkin parti kita akan pulih dan bangkit menjadi parti yang hebat sepertimana ia hari ini,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman blognya, NajibRazak.com.

Najib berkata, beliau tersentuh hati melihat kehadiran sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan sezaman Pemuda UMNO dahulu dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya, semalam.

Beliau juga percaya bahawa dikalangan sahabat-sahabatnya itu tidak ada yang akan lari atau khianat terhadap sumpah setia sebagai ahli parti UMNO.

“Macam mana pun, walau apa pun yang berlaku, kita nak jaga parti UMNO keramat kita ini dan tanah air kita untuk generasi akan datang, untuk anak-anak dan cucu-cucu kita.

“Insya-Allah, sama-sama kita kekalkan tali silaturrahim yang telah terjalin sekian lama, terus setia dalam persahabatan, ikhlas dalam perjuangan dan sumpah setia kita untuk UMNO, untuk bangsa dan untuk negara,” kata beliau lagi.

Gambar:- Sumber blog NajibRazak.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");