Sukan Hari Ini

Setuju PKBM ketat syarat

Kuala Lumpur: Langkah Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengetatkan syarat dalam penganjuran perlumbaan berbentuk jelajah disambut baik pelumba lebuh raya negara Fauzan Lutfi (gambar).

Katanya, langkah itu seharusnya sudah lama diambil bagi memastikan nasib pelumba terbela apabila menyertai mana-mana perlumbaan di negara ini.

PKBM dalam mesyuaratnya minggu lalu menjelaskan akan lebih berwaspada dalam meluluskan perlumbaan apabila menerima permohonan penganjur.

Latar belakang penganjur akan diselidik dengan lebih teliti selain jaminan bank 30 peratus daripada kos keseluruhan perlumbaan perlu diberikan.

“Bagi saya ia langkah yang amat positif selepas berlakunya beberapa insiden termasuk pembatalan Tour of Sarawak (TOS) sebelum ini.

“Malah lebih penting nasib kami sebagai pelumba akan lebih terbela terutamanya membabitkan wang kemenangan,” kata pelumba berusia 30 tahun itu.

Beberapa perlumbaan berbentuk jelajah di Malaysia menimbulkan masalah sejak kebelakangan ini terutamanya membabitkan aspek hadiah wang kemenangan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");