Panasnya Hari Ini

Shukur Mohamad Buat Pendedahan Lagi

KUALA LUMPUR:Ahli UMNO, Shukur Mohamad kali ini tampil membuat pendedahan terbaru setelah sebelum ini timbulnya kontroversi yang mendakwa wujud gerakan untuk menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang merupakan anak Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Abdul Aziz kali ini mendakwa, pemimpin UMNO Bahagian Pagoh ditawarkan RM500 setiap seorang bagi menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, Shukur bagaimanapun enggan mendedahkan senarai penuh pemimpin yang terlibat sebaliknya, menunggu waktu yang sesuai untuk membuat pengumuman.

“Saya keluarkan (senarai nama) setelah saya susunkan nama-nama mereka yang menerima RM500 setiap seorang semasa mengadakan sidang media menyatakan hilang keyakinan kepada Tan Sri Muhyiddin yang dibuat di Pagoh,” katanya.

Sebelum ini, sekumpulan pemimpin UMNO, Bahagian Pagoh telah tampil menyatakan pendirian mereka untuk terus menyokong kepimpinan Najib sebagai presiden parti dan pengerusi BN, sekaligus menolak dakwaan kononnya bahagian itu sebulat suara menyokong Muhyiddin.

Gerakan yang dikenali sebagai Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) itu dibentuk khusus bagi memastikan parti bahagian tersebut sentiasa memberikan sokongan terhadap kepimpinan pusat.

Mengulas penafian yang dibuat Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi bahawa mereka tidak terlibat dengan gerakan menjatuhkan Mohamed Khaled, Shukur menegaskan, bahawa mereka boleh berbuat demikian, namun kebenaran mengenai gerakan tersebut akan terungkai juga nanti.

“Penafian boleh terus mereka (siapa pun mereka) buat demi kelangsungan politik mereka, saya tidak mahu komen akan apa sahaja penafian yang dibuat oleh semua timbalan menteri terbabit, apa yang saya ingin tekankan adalah, cerita saya masih belum habis,” tegasnya.

foto-freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");