Panasnya Hari Ini

Siasat Bekas CEO 1MDB: Polis Kaji Laporan PAC

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa pihak Polis masih mengkaji semula Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum membuat sebarang keputusan.

Ia juga berikutan tindakan sama ada terdapat keperluan untuk memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi untuk menjalankan siasatan.

Ujarnya, Polis kini dalam proses mengkaji laporan itu untuk tindakan susulan.

“Terdapat 106 muka surat dalam laporan itu…kami memerlukan masa. Kami akan membuat kenyataan apabila sudah bersedia,” katanya memetik sumber Berita harian.

Mengulas sama ada pihaknya akan memanggil Shahrol bagi membantu siastan, Khalid menjelaskjan bahawa ia akan diputuskan selepas mereka selesai mengkaji laporan itu.

Pada Khamis lalu, PAC yang dianggotai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");