Panasnya Hari Ini

Sikap Dolak- Dalih Guan Eng Akan Pecahkan Lebih Banyak Tembelangnya

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim memberi saranan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan En supaya memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pembelian rumah banglonya dan juga isu tanah di Taman Manggis.

Ujarnya, sikap berdolak dalih Guan Eng dalam isu berkenaan hanya akan memecah lebih banyak lagi tembelangnya.

“Lagi banyak Guan Eng bercakap maka lagi banyak tembelang yang akan terdedah. Kini kita dengar pula cerita PERDA dan sebagainya.”

“Banyak membuat kenyataan seolah-olah menunjukkan mereka (Guan Eng) cuba lari dari cerita sebenar,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Beliau turut mempersoalkan jika sebelum ini (DAP) boleh membuat laporan kepada SPRM jika merasakan terdapat salah laku berlaku di kalangan anggota UMNO dan BN, bagaimanapun apabila terjadi pada mereka sendiri mereka tampil membuat pelbagai kenyataan di luar.

“Jumpa SPRM dan kongsilah apa juga maklumat, jika benda tu tak betul, serahkan kepada SPRM tetapi apa yang berlaku sekarang, semacam ada perkara yang nak disembunyikan.

“Jadi, biarlah badan yang bertanggungjawab menyiasat, mereka patut beri kerjasama dan bukannya lari”, katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya Guan Eng yakin tidak bersalah beliau sepatutnya segera berjumpa SPRM bukan menunggu SPRM memanggilnya untuk melakukan siasatan.

“SPRM akan mengambil kenyataan bila tiba waktu, tetapi kalau dia nak datang jumpa sekarang pun boleh bagi. Tetapi mengelak-mengelak seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah.

“Saya pasti SPRM akan jalankan tugas dengan dedikasi dan profesional dalam soal ini. Ini bulan soal persepsi ataupun siapa yang dapat menguasai media sosial dalam kes berkaitan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang itu,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");