Panasnya Hari Ini

Simpan Wang Di Luar Negara Sesuatu Yang Boleh Diterima – Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR: Tindakan individu yang menyimpan wang di luar negara untuk mengelak cukai adalah sesuatu yang boleh diterima walaupun tidak mematuhi undang-undang, kata veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ujarnya, perkara itu adalah satu kebiasaan terutamanya untuk ahli perniagaan dan pemimpin politik untuk berbuat demikian.

“Bukan sahaja ahli politik, tetapi juga sesiapa sahaja yang mahu menyimpan wang ditempat yang dikecualikan daripada cukai, kenapa tidak,”katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai laporan Panama Papers mengenai sebanyak 11.5 juta dokumen yang melibatkan pemimpin-pemimpin dunia dan selebriti terbongkar hasil daripada siasatan yang dilakukan oleh lebih 100 wartawan global.

“Saya tidak katakan ia tidak salah, tetapi jika dengan bertindak sedemikian mereka dapat menjimatkan wang, kenapa tidak.

“Bukan kerana ia haram atau tidak, ia lebih kepada melakukannya dengan betul atau sebaliknya,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menegaskan bahawa adalah penting untuk kerajaan meneliti isu tersebut.

“Ianya bagi memastikan wujud ketelusan dan tadbir urus baik, saya fikir tindakan susulan perlu diambil bagi meneliti perkara ini,”tegas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");