Berita Hari Ini

Sistem VEP mudahkan pemantau kenderaan asing

KOTA BHARU: Kemasukan kenderaan asing ke negara ini mulai Jun ini akan direkod melalui Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang akan memudahkan Kementerian Pengangkutan membuat pemantauan.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata pelaksanaan fasa pertama membabitkan sempadan Malaysia-Singapura pada Jun ini, diikuti fasa kedua sempadan Thailand serta dari Indonesia ke Sabah dan Sarawak.

“Setiap kenderaan daripada tiga negara bersempadan yang memasuki negara ini perlu berdaftar dengan JPJ dan dibenarkan berada di jalan raya selama 90 hari.

“Jika pemilik kenderaan itu mempunyai kesalahan jalan raya, mereka wajib membayar denda sebelum dibenar keluar ke negara asal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Hari JPJ ke-70 di Kompleks JPJ Panji, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPJ negeri, Mahasan Mustapa dan 500 anggota JPJ, serta sukarelawan jabatan itu.

Ismail berkata, sebelum ini banyak kenderaan asing yang memasuki negara ini melebihi tempoh ditetapkan selain turut melakukan kesalahan jalan raya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");