Sukan Hari Ini

Skuasy: Cabaran Malaysia ‘terhenti’

CABARAN negara pada Kejohanan Skuasy Antarabangsa El Gouna berakhir apabila pemain tunggal negara dalam pertandingan itu, Mohd Nafiizwan Adnan kalah dalam perlawanan pembukaan di Abu Tig Marina Glass Court di El Gouna, Mesir semalam (awal pagi Isnin di Malaysia).

Pemain berumur 29 tahun yang berpangkalan di Manchester, bagaimanapun memberikan persembahan baik semasa menentang pemain pilihan ketujuh Miguel Angel Rodriguez daripada Colombia sebelum tewas 12-14, 6-11, 5-11, menurut laman web kejohanan www.elgounasquashopen.com.

Miguel dijadual bertemu Leo Au dalam pusingan kedua pada Selasa selepas pemain Hong Kong itu terpaksa berhempas pulas sebelum menang 3-1 (7-11, 11-4, 13-11, 14-12) ke atas Saurav Ghosal dari India dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.

Seorang lagi pemain Malaysia, Ivan Yuen kalah dalam pusingan kelayakan kepada Nicolas Mueller daripada Switzerland pada Sabtu.

Kejohanan Skuasy Antarabangsa El Gouna diadakan sejak 2010, adalah sebahagian acara Professional Squash Association World Series. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");