Panasnya Hari Ini

Sokong Hudud, Najib Hanya Ingin Sokongan PAS – Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyokong pelaksanaan hudud adalah kerana ingin mendapat sokongan PAS.

Tegas Tun Mahathir lagi, Najib tidak peduli apa yang dilakukan selagi Perdana Menteri boleh mendapat sokongan.

“Dia sedia menyokong itu (hudud) semata-mata mahu sokongan mereka (PAS). Itulah Najib. Dia tidak peduli apa yang dia lakukan atau apa dasarnya selagi dia dapat sokongan.

“Dan dia mahu sokongan dari PAS. Pemimpin PAS sedia berunding dengannya,”katanya, lapor Malaysiakini.

Tun Mahathir berkata demikian dalam satu wawancara bersama akhbar Australia, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, bekas Presiden UMNO itu berkata, Malaysia menjadi lebih konservatif dibawah pentadbiran Najib dan bukannya sederhana.

“Najib bukan seorang yang sederhana dalam erti kata itu. Dia mahu menjadi sederhana untuk dunia, tetapi dari segi dalam negara, beliau bersetuju dengan sesuatu yang melampau,”tegasnya.

Terdahulu, Najib dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan amat ‘mesra’ sejak setahun lalu apabila hadir ke dalam majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 dengan memakai pakaian yang sedondon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");