Perak Hari Ini

Speaker Tolak Usul Ngeh Koo Ham

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri SK Devamany hari ini telah menolak dua usul yang dicadangkan oleh pihak pembangkang.

Dua usul tersebut ialah usul undi tidak percaya terhadap Devamany atau sebagai alternatif, Ngeh turut mengusulkan Devamany digantung tugasnya sebagai Speaker Dewan sehingga keputusan selanjutnya oleh Dewan.

Usul tersebut diusulkan dalam Dewan berikutan Ngeh mendakwa bahawa Speaker Dewan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan muktamad terhadap mana-mana ahli Dewan.

Ianya berikutan keputusan penggantungan Leow Thye Yih (DAP-Aulong) yang digantung sebulan daripada menghadiri sidang Dewan Undangna Negeri (DUN) dan sebarang majlis rasmi kerajaan.

Devamany dalam sidang medianya berkata, usul tersebut ditolak dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat 17 kerana Ngeh mencampurkan dengan perkara peribadi beliau yang berkaitan dengan MIC.

“Usul pertama beliau telah mencampuradukkan dengan peribadi saya. Usul itu bercakap tentang saya dengan MIC dan dicampur dengan isu ini. Beliau (Ngeh) sendiri tidak jelas dengan usul dia sendiri.

“Terdapat tiga prasyarat untuk meluluskan sesuatu usul iaitu pertama, mesti ada kepentingan awam, kedua, perkara tertentu dan ketika, usul itu perlu disegerakan,”ujarnya.

Ketika ditanya tentang kenyataan DAP yang ingin membawa isu tersebut ke mahkamah dan menyaman beliau, Devamany berkata, perkara tersebut hanyalah satu perkara biasa di dalam politik.

“Saman itu biasa dalam arena ini. Itu bukan sesuatu yang baru, sudah banyak kali dilakukan.

“Ada kata nak saman saya, terpulang kepada mereka. Dalam kepimpinan perlu ada ketegasan, tetapi ketegasan itu mesti ada nilai-nilai keadilan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");