Berita Hari Ini

SPRM Bukan Sahaja Tangkap Pesalah Malah Cegah Rasuah

KUALA LUMPUR: Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak terbatas hanya menyiasat dan menangkap seseorang individu serta membawa mereka ke muka pengadilan malah turut berperanan untuk mencegah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa daripada terus berleluasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, sehubungan itu SPRM berusaha melakukan pelbagai pencegahan dengan menutup ruang dan peluang untuk melakukan jenayah.

Antaranya ialah Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia yang merupakan antara inisiatif SPRM yang dilaksanakan agar gejala rasuah dapat dibanteras.

“Program CeIO merupakan program yang diiktiraf bagi melahirkan pegawai integriti bertauliah di Malaysia. Matlamat program ini ialah memastikan pematuhan terhadap undang-undang, menyematkan budaya ‘toleransi sifar’ terhadap rasuah, salah guna kuasa danpenyelewengan serta memberi khidmat nasihat kepada pihak pengurusan,” kata beliau dalam ucapannya di Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali kelima di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini,Khamis.

Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam TanSri Mohamad Zabidi Zainal dan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)Datuk Abdul Wahab Abdul Aziz.

Sejumlah 173 peserta Pegawai Integriti Bertauliah menerima pengiktirafan pada Konvokesyen CeIO. Program CeIO merupakan program latihan yang dilaksanakan di bawah pengendalian Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC), MACA.

CIDC berjaya melatih 544 orang peserta sejak 2010 hingga sekarang dan tempoh masa pengajian program ialah selama enam bulan.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");